Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2019

ISTILAH BAHARU

Istilah Baharu Dalam Bahasa Melayu 1.  Nyatakan kesan atau impak penggunaan istilah asing (pinjaman) terhadap bahasa Melayu masyarakat di Negara Brunei Darussalam. Pinjaman istilah dari bahasa asing ini mempunyai impak yang positif dan juga negatif kepada Bahasa Melayu kita sekarang. Salah satu impak negatif adalah  sistem penulisan bahasa Melayu ditukarkan daripada sistem Jawi ke Rumi dan membuatkan ejaan Jawi semakin terpinggir. Bahasa Melayu menggunakan sistem Rumi dikenali sebagai Bahasa Melayu Moden. Ini boleh membuat khazanah warisan Melayu juga akan lenyap atau pupus dari tanah air Melayu. Manakala impak positifnya, sekarang kita berada diera permodenana dimana ini ianya penting untuk meminjam istilah asing bagi menyuaikan bahasa Melayu dengan perkembangan era modenisasi pada masa kini. Dengan wujudnya istilah asing ini juga memudahkan untuk memberi makna dan pengertian terhadap Istilah baru itu.  2. Apakah bidang yang mendominasi dalam penghasilan perbendaharaan istila

Kata Majmuk

Kata Majmuk Objektif penulisan rencana: Agar pembaca dapat memahami kata majmuk secara lebih mendalam dan tidak mengulangi kesilapan yang telah dibuat sebelumnya Agar pembaca dapat mengetahui perbezaan kata ganda yang dieja secara berjarak dan sebaliknya Tujuan utama bagi penulisan rencana ini ialah sebagai tugasan yang telah diamanahkan oleh puan pensyarah bagi modul LB-1406 dimana kumpulan telah diamanahkan untuk menerangkan kata majmuk secara lebih terperinci bersandarkan informasi-informasi yang diperolehi menerusi kuliah besar dan kajian melalui pelbagai sumber termasuklah melalui laman-laman sesawang. Nyatakan perbezaan antara kata majmuk terpisah dengan kata majmuk ditulis bergabung. Menurut Hafizah Hamid kata majmuk terpisah ada lima bahagian iaitu dua rangkai kata bebas, istilah gelaran khusus, gelaran, simpulan bahasa dan hubungan parataksi. Contoh bagi dua kata bebas ialah air batu, alat tulis, bandar raya dan gempa bumi. Kata istilah khusus terbentuk dar