Kata Majmuk
Objektif penulisan rencana:
- Agar pembaca dapat memahami kata majmuk secara lebih mendalam dan tidak mengulangi kesilapan yang telah dibuat sebelumnya
- Agar pembaca dapat mengetahui perbezaan kata ganda yang dieja secara berjarak dan sebaliknya
Tujuan utama bagi penulisan rencana ini ialah sebagai tugasan yang telah diamanahkan oleh puan pensyarah bagi modul LB-1406 dimana kumpulan telah diamanahkan untuk menerangkan kata majmuk secara lebih terperinci bersandarkan informasi-informasi yang diperolehi menerusi kuliah besar dan kajian melalui pelbagai sumber termasuklah melalui laman-laman sesawang.
Nyatakan perbezaan antara kata majmuk terpisah dengan kata majmuk ditulis bergabung.
Menurut Hafizah Hamid kata majmuk terpisah ada lima bahagian iaitu dua rangkai kata bebas, istilah gelaran khusus, gelaran, simpulan bahasa dan hubungan parataksi. Contoh bagi dua kata bebas ialah air batu, alat tulis, bandar raya dan gempa bumi. Kata istilah khusus terbentuk daripada dua kata bebaas mahupun tiga kata bebas dieja dengan terpisah sebagai contoh batu kapur, garis pusat dan susu pekat manis. Gelaran pula bermaksud kata majmuk yang terbentuk daripada kata yang digunakan sebgai gelaran seperti Naib Presiden, Menteri Besar dan Perdana Menteri. Hubungan parataksis pula gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan parataksis atau disebut rangkai kata setara hendaklah ditulis secara terpisah seperti tua muda, hidup mati, dan sana sini. Terakhir sekali ialah simpulan bahasa sebagai contoh buah hati, pilih kasih dan gaji buta.
Pada amnya, kata majmuk dieja terpisah tetapi ada beberapa kekecualian. Terdapat sebanyak 15 perkataan yang penggunaanya telah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. Walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan ini hendaklah dianggap sebagai bentuk kekecualian dan di hafalkan ejaannya.
1. Antarabangasa
2. Suruhanjaya
3. Kerjasama
4. Bumiputera
5. Tanggungjawab
6. Matahari
7. Kakitangan
8. Pesuruhjaya
9. Sukarela
10. Olahraga
11. Beritahu
12. Tandatangan
13. Setiausaha
14. Jawatankuasa
15. Warganegara
Apakah bentuk kesalahan dalam penulisan kata majmuk bahasa melayu ?
Terdapat tiga kesalahan dalam penulisan bahasa melayu menurut Cikgu Nasruddin.
a) Tidak dapat membezakan antara kata majmuk yang ditulis serangkai dengan kata majmuk yang tidak ditulis secara barsaingan.
Ayat Contoh:
Amran mengambilalih perusahaan ayahnya suatu hari nanti. (Salah)
Amran mengambil alih perusahaan ayahnya suatu hari nanti. (Betul)
b) Menggandakan keseluruhan kata majmuk atau mengulang kata nama kedua dengan menggandakan perkataan kedua.
Ayat Contoh:
Harga alat tulis-alat tulis yang dijual di kedai itu sangat berpatutan. (Salah)
Harga alat-alat tulis yang dijual dikedai itu sangat berpatutan. (Betul)
c) Mengasingkan kata majmuk yang menerima imbuhan apitan.
Ayat Contoh:
Usaha kerajaan untuk menyatu padukan rakyat berbilang kaum di negara kita telah berjaya. (Salah)
Usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara kita telah berjaya. (Betul)
Mengapakah masyarakat melayu lazimnya melakukan kesilapan dalam penulisaan ejaan kata majmuk sedangkan hal tersebut sedari muk diajarkan di sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam?
Salah satu punca utama ialah kerana kurangnya pemahaman dan kemahiran dalam Bahasa Melayu dari segi penulisan, Kebanyakan orang lebih berkebolehan dalam lisan jika dibandingkan dengan penulisan dan oleh kerana kata majmuk mengandungi dua perkataan dasar yang berlainan yang dipasangkan, masyarakat sering terkeliru dengan ejaan kata majmuk sama ada dua perkataan dasar yang dimajmukkan diberi jarak ataupun tidak kerana apabila kata majmuk dilafazkan, seolah-olah semuanya dieja secara berjarak.
Selain itu, pengaruh media juga dapat menyebabkan masyarakat melayu sering melakukan kesilapan dalam penulisan dan ejaan kata majmuk. Media tersebut termasuklah yang berbentuk cetakan nyata seperti majalah, akhbar, dan seumpanya dan juga berbentuk cetakan secara elektronik. Memang tidak dinafikan bahawa membaca dapat menambahkan lagi wawasan minda dan perbendaharaan kata dan mengasahkn lagi kemahiran dari segi penulisan khususnya, namun perlu diingat bahawa kadang-kadang penulis juga dapat melakukan kesilapan dari segi tatabahasa germasuklah kesalaham dalam ejaan kata majmuk. Hal ini menyebabkan kita terikut-ikut melakukan kesilapan dalam ejaan kerana terlalu yakin bahawa penulisan si penulis adalah sempurn, walhal terdapat beberap kesilapan dalam segi penulisan.
Selain diberikan imbuhan, kata majmuk juga melalui proses penggandaan. Sila huraikan mengenai proses tersebut dan berikan comtoh-contohnya.
Terdapat dua cara kata majmuk melalui proses penggandaan: penggandaan perkataan awal bagi kata majmuk dan satu lagi ialah penggandaan kata majmuk yang digandakan secara keseluruhan.
Proses penggandaan yang pertama melibatkam pengulangan kata yang pertama yang terdapat di dalam kata majmuk dan lazimnya proses penggandaan ini hanya dilakukan terhadapkata majmuk yang dieja secara berasingan
Misal kata majmuk yang melalui proses ini:
- Alat tulis = alat-alat tulis
- Gambar rajah = gambar-gambar rajah
- Balai raya = balai-balai raya
- Kapal Terbang = kapal-kapal terbang
- Suku kata = suku-suku kata
- Garis pusat = garis-garis pusat
- Jirim organik = jirim-jirim organik
- Model linear = model-model linear
- Menteri Besar = menteri-menteri besar.
- Naib canselor = Naib-Naib canselor
- Penolong pendaftar = penolong-penolong pendaftar
- Ketua menteri = Ketua-ketua menteri
Proses kedua pula melibatkkan penggandaankata majmuk secara menyeluruh. Lazimnya proses penggandaan ini hanya di lakukan terhadap kata majmuk yang bersifat mantap dan berbentuk simpulan bahasa. Contoh-contoh kata majmuk yang bersifat mantap dan simpulan bahasa yang melalui proses ini:
anak emas pesuruhjaya warganegara tandatangan jawatankuasa setiausaha bumiputera buah hati buah tangan | anak emas-anak emas pesuruhjaya-pesuruhjaya warganegara-warganegara tandatangan-tandatangan jawatankuasa-jawatankuasa setiausaha-setiausaha bumiputera-bumiputera buah hati-buah hati buah tangan-buah tangan |
Sumber-sumber rujukan:
Hafizah Hamid (n.d.). Penulisan Kata: Penulisan Kata Majmuk. Diakses dari https://www.scribd.com/doc/35300063/PENULISAN-KATA-MAJMUK-1
Cikgu Nasruddin (27 November 2012). Analisis Kesalahan Penggunaan Bahasa. Diakses dari http://nasruddinradzi.blogspot.com/2012/11/analisis-kesalahan-penggunaan-html?m=1m
Ahmad Rasid Takim (6 Desember 2012). Tinta Bahasa. Diakses dari http://rasidtakim.blogspot.com/2012/12/kesilapan-dalam-penggunaan-kata-majmuk.html?=1
Ong Yean Ling (26 November 2012). Contoh-Contoh Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk. Diakses dari http://ongyeanling.blogspot.com/2012/11/contoh-contoh-kesalahan-penggunaan-kata_26.html
Blog ini ditulis oleh Nurul Syakirah dan Muhammad Ikhwan
Comments
Post a Comment