Tujuan
Tujuan rencana ini ditulis ialah untuk menerangkan perbezaan antara aksen dengan slanga secara lebih terperinci. Antara tujuan bagi penulisan rencana ini adalah agar pelajar dapat mengenali kepelbagaian aksen yang disuarakan meskipun perkataan yang dilafazkan adalah sama dan membawa maksud yang serupa.
Objektif:
1. Mengenali dan membezakan kepelbagaian aksen ragam orang2. Menyatakan faktor kepelbagaian aksen dalam beragam bahasa
Nyatakan perbezaan antara aksen dengan slanga?
Perbezaan utama antara aksen dan slanga ialah tanda yang digunakan untuk menunjukkam tekanan pada suku kata atau untuk menyatakan dengan penekanan. Manakala slanga pula adalah sejenis bahasa yang terdiri daripada istilah, yang dianggap sebagai cara tidak rasmi.
Dalam erti kata linguistik, aksen bergantung pada sebutan sebutan kata atau frasa tertentu. Aksen berbeza bergantung pada individu, lokasi, atau negara tertentu dan ianya juga boleh membantu mengenal pasti wilayah, rantau, patung sosioekonomi, etnik, kasta dan / atau kelas sosial penceramah.
Slanga adalah sejenis bahasa yang terdiri daripada istilah dan frasa, yang dianggap sebagai cara ucapan yang sangat santai atau tidak rasmi yang tidak terpakai di setiap tempat atau sekelompok orang. Ia terdiri daripada perkataan, ungkapan dan makna yang tidak rasmi.
Jelaskan apa yang dimaksudkan oleh Professor Hirschfeld mengenai aksen itu sendiri berdasarkan penyataannya dalam slaid kuliah sebelum ini.
“Some learners of German use their accent to emphasize their cultural identity. Others want to lose it as quickly as possible so as not to stand out among native speakers.”
Pendapat diatas bermaksud sesetengah orang bangga dengan cara pertuturan mereka kerana sesetengah aksen dipandang tinggi oleh orang ramai, tetapi ada juga sesetengah orang yang tidak mahu aksen nya timbul kerana tidak mahu menonjolkan diri yang mereka itu dari negeri luar atau aksen yang mereka ada tidak banyak orang memihak kepadanya.
Mengapa berlakunya penggunaan aksen dalam bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam?
Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara dan oleh kerana Negara Brunei Darussalam memiliki 7 puak jati, yang mana 7 puak jati ini mempunyai bahasanya tersendiri. Ini membuatkan mereka mempunyai aksen yang tersendiri ketika menuturkan bahasa Melayu. Dengan adanya aksen ini, kita akan dapat tahu siapa dan dari mana asal seseorang pertuturannya. Ini disokong oleh Richard Nordquist (2018), yang menyatakan seseorang itu boleh diketahui dari mana mereka datang dengan penggunaan aksen mereka berbanding dengan Tatabahasa atau perbendaharaan kata mereka (Routledge, 2004).
(81 patah perkataan)
Berikan contoh- contoh aksen digunakan di negara luar.
Diluar negara terdapat banyak aksen- aksen yang ada diantaranya adalah aksen Bahasa
Inggeris British, Amerika dan Australia.
Perbezaan bahasa Inggeris bagi British dan Amerika adalah berbeza samada dari segi sebutan dan ejaan.Sebagai contoh, dalam penggunaan perkataan yang berakhir dengan “-ize” atau “-ise”. Dimana penutur Amerika- English and menyebutnya -ize sebagai -yze. Seperti penutur Amerika-English akan mengeja perkataan “characterize” dengan -ize dihujung lalu meyebutnya sebagai “cha- rak- te- ryze”, dimana hujung nya akan bebunyi agak panjang dan begetar pada huruf Z (bebunyi seperti Zzzz). Kemudian bagi penutur Bristish- English akan mengejanya sebagai “characterise” lalu akan menyebutnya sebagai “cha- rak- te- rise”, dimana bunyinya dihujung berbunyi agak tegas dan tidak begetar.
Manakala bagi English Australia, menurut Harrison Fortier (2016), setiap perkataan yang berakhir dengan 'er' akan di tukar kepada 'ah/ uh' ketika bertutur sebagai contoh perkataan water ketika dituturkan akan kedengaran seperti “watah”.
(142 patah perkataan)
Sumber Rujukan
https://www.goethe.de/en/spr/mag/20874270.html
https://ms.natapa.org/difference-between-accent-and-slang-2550
Fortier, H. (2016).Do Americans confuse of Australian and British accent?. Diambil dari
https://www.quora.com/Do-Americans-confuse-of-Australian-and-British-accent
Nordquist, R. (2018). Definition of accent in English speech. Diambil dari
https://www.thoughtco.com/what-is-accent-speech-1689054
Dewan bahasa dan pustaka Brunei. (2017). Diambil dari
http://www.gerbangbahasa.gov.bn/PORTAL/PAGE.ASPX?I=106
Rencana ini ditulis oleh Wardahtul Amerah Keasberry (17B8057) dan Nurhashumaira (15B8936)
Disemak. Penulisan yang baik namun terlalu pendek.
ReplyDeleteElakkan menggunakan kata 'dimana' kerana itu merujuk kepada tempat atau arah sesuatu. Sebaiknya tukarkan kepada kata yang.
PAW