Skip to main content

Posts

ISTILAH BAHARU

Istilah Baharu Dalam Bahasa Melayu 1.  Nyatakan kesan atau impak penggunaan istilah asing (pinjaman) terhadap bahasa Melayu masyarakat di Negara Brunei Darussalam. Pinjaman istilah dari bahasa asing ini mempunyai impak yang positif dan juga negatif kepada Bahasa Melayu kita sekarang. Salah satu impak negatif adalah  sistem penulisan bahasa Melayu ditukarkan daripada sistem Jawi ke Rumi dan membuatkan ejaan Jawi semakin terpinggir. Bahasa Melayu menggunakan sistem Rumi dikenali sebagai Bahasa Melayu Moden. Ini boleh membuat khazanah warisan Melayu juga akan lenyap atau pupus dari tanah air Melayu. Manakala impak positifnya, sekarang kita berada diera permodenana dimana ini ianya penting untuk meminjam istilah asing bagi menyuaikan bahasa Melayu dengan perkembangan era modenisasi pada masa kini. Dengan wujudnya istilah asing ini juga memudahkan untuk memberi makna dan pengertian terhadap Istilah baru itu.  2. Apakah bidang yang mendominasi dalam penghasilan perbendaharaan istila
Recent posts

Kata Majmuk

Kata Majmuk Objektif penulisan rencana: Agar pembaca dapat memahami kata majmuk secara lebih mendalam dan tidak mengulangi kesilapan yang telah dibuat sebelumnya Agar pembaca dapat mengetahui perbezaan kata ganda yang dieja secara berjarak dan sebaliknya Tujuan utama bagi penulisan rencana ini ialah sebagai tugasan yang telah diamanahkan oleh puan pensyarah bagi modul LB-1406 dimana kumpulan telah diamanahkan untuk menerangkan kata majmuk secara lebih terperinci bersandarkan informasi-informasi yang diperolehi menerusi kuliah besar dan kajian melalui pelbagai sumber termasuklah melalui laman-laman sesawang. Nyatakan perbezaan antara kata majmuk terpisah dengan kata majmuk ditulis bergabung. Menurut Hafizah Hamid kata majmuk terpisah ada lima bahagian iaitu dua rangkai kata bebas, istilah gelaran khusus, gelaran, simpulan bahasa dan hubungan parataksi. Contoh bagi dua kata bebas ialah air batu, alat tulis, bandar raya dan gempa bumi. Kata istilah khusus terbentuk dar

Aksen Bahasa

Tujuan   Tujuan rencana ini ditulis ialah untuk menerangkan perbezaan antara aksen dengan slanga secara lebih terperinci. Antara tujuan bagi penulisan rencana ini adalah agar pelajar dapat mengenali kepelbagaian aksen yang disuarakan meskipun perkataan yang dilafazkan adalah sama dan membawa maksud yang serupa. Objektif: 1. Mengenali dan membezakan kepelbagaian aksen ragam orang 2.  Menyatakan faktor kepelbagaian aksen dalam beragam bahasa Nyatakan perbezaan antara aksen dengan slanga? Perbezaan utama antara aksen dan slanga ialah tanda yang digunakan untuk menunjukkam tekanan pada suku kata atau untuk menyatakan dengan penekanan. Manakala slanga pula adalah sejenis bahasa yang terdiri daripada istilah, yang dianggap sebagai cara tidak rasmi. Dalam erti kata linguistik, aksen bergantung pada sebutan sebutan kata atau frasa tertentu. Aksen berbeza bergantung pada individu, lokasi, atau negara tertentu dan ianya juga boleh membantu mengenal pasti wilayah, rantau,

Kepelbagaian Bahasa: Slanga dan Jargon

Tujuan penulisan Tujuan artikel yang berbentuk rencana ini ditulis ialah untuk menambah luaskan lagi pengetahuan mengenai perihal bahasa slanga dan jargon. Selain itu, artikel ini ditulis bagi bertujuan untuk mengingati kita semua untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan bahasa slanga dan jargon kerana pengguna perlu mengikut kesesuaian dari segi tempat, dengan siapa kita berbicara dan taraf formaliti dalam suatu upacara atau majlis. Nyatakan perbezaan antara slanga dan jagon Kamus Bahasa Melayu Nusantara (Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei:2003) mengatakan bahawa slanga adalah ragam bahasa tidak rasmi dan tidak baku yang sifatnya tidak tetap atau mengikut musim . Pada kelazimanya, slanga sering digunakan oleh orang awam ketika berhubung seperti bersembang dengan rakan ataupun bukan dalam suatu majlis yang berbentuk formal atau rasmi. Slanga kebiasaanya digunakan ketika berkomunikasi kerana kosa katanya mudah difahami oleh orang awam, manakala jargon pula jarang digunakan k