Tujuan penulisan
Tujuan artikel yang berbentuk rencana ini ditulis ialah untuk menambah luaskan lagi pengetahuan mengenai perihal bahasa slanga dan jargon. Selain itu, artikel ini ditulis bagi bertujuan untuk mengingati kita semua untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan bahasa slanga dan jargon kerana pengguna perlu mengikut kesesuaian dari segi tempat, dengan siapa kita berbicara dan taraf formaliti dalam suatu upacara atau majlis.
Nyatakan perbezaan antara slanga dan jagon
Kamus Bahasa Melayu Nusantara (Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei:2003) mengatakan bahawa slanga adalah ragam bahasa tidak rasmi dan tidak baku yang sifatnya tidak tetap atau mengikut musim . Pada kelazimanya, slanga sering digunakan oleh orang awam ketika berhubung seperti bersembang dengan rakan ataupun bukan dalam suatu majlis yang berbentuk formal atau rasmi. Slanga kebiasaanya digunakan ketika berkomunikasi kerana kosa katanya mudah difahami oleh orang awam, manakala jargon pula jarang digunakan ketika berkomunikasi kerana jargon hanya digunakan terbatas kepada kalangan yang tertentu sahaja yang memahaminya.
Apa kaitan kedua-dua kelainan bahasa ini dengan Bahasa Melayu Standard?
Kedua slanga dan jargon memiliki kaitan dengan Bahasa Melayu Standard kerana terdapat perkataan Bahasa Melayu di dalam slanga dan jargon. Walaubagaimana pun, slanga dan jargon memiliki ciri-ciri yang tersendiri dalam yang membezakan antara keduanya dengan Bahasa Melayu Standard, termasuklah intonasi dan cara sebutan perkataan-perkataan tersebut.
Selain daripada itu, kedua slanga dan jargon juga digunakan sebagai bahasa komunikasi ketika berinteraksi secara dalam talian mahupun di dunia nyata , sama seperti Bahasa Melayu Standard. Namun demikian, slanga dan jargon bersifat tidak formal dan penggunaan tatabahasa tidak dititikberatkan macam Bahasa Melayu Standard.
Bagaimanakah keadaan Bahasa Slanga dan Jargon ini dalam konteks Negara Brunei Darussalam?
Di dalam konteks Negara Brunei Darussalam, slanga lazimnya digunakan oleh golongan orang-orang yang muda terutamanya kaum remaja, bagi bertujuan untuk berinteraksi, sama ada secara dalam dunia nyata mahupun dakan talian seperti melalui aplikasi Whatsapp dan setaraf dengannya. Para remaja lebih gemar menggunakan bahasa slanga dengan beralasan perkataan-perkataan slanga lebih mudah disebut dan mereka tidak perlu menyusun struktur ayat secara tersusun. Berbeza dengan slanga, jargon pula mengandungi kod-kod rahasia dimana perkataan-perkataan tersebut digunakan khas untuk golongan yang tertentu tertakluk kepada bidang tertentu yang diceburi, misalnya para juruterbang Penerbangan Diraja Brunei, tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dan seumpamanya.
Berikan contoh-contoh bahasa slanga dan jargon yang digunakan di Negara Brunei Darussalam
Slanga:
- OTW- (on the way) dalam perjalanan
- Makcik Bawang - merujuk kepada wanita pertengahan usia yang suka menjaga tepi kain orang lain
- Gitau - Beritahu
- Bos (laki/bini)- merujuk kepada ayah dan ibu
- Walao- (kata seru slanga Hokkien) bereaksi terkejut
Jargon:
- OT - Ruang Operasi
- Baris Sedia - hukuman yang dilafazkan oleh tentera askar bagi mengarahkan untuk berdiri tegak dan tidak bergerak sama sekali
- Skipper - ketua bagi kumpulan dalam pengakap
- Mayday - perkataan yang dilafazkan hanya ketika juruterbang mendeklerasi panggilan kecemasan dan ingin melakukan pendaratan kecemasan
- Over- mengakhiri perbicaraan ketika berkomunikasi melalui walkie-talkie
Sumber rujukan
https://asyikinrazak.wordpress.com/2012/04/01/bahasa-slanga/ diakses pada 19hb Ogos 2019 Jam 15 54
https://modullb1406bmskumpulan2.wordpress.com/2019/03/24/lb-1406-slanga-dan-jargon-kumpulan-2/ (Fauzimah dan Fazwana, 2019) diakses lada 19hb Ogos 2019 pada jam 16 16
https://bmkumpulan1.blogspot.com/2019/03/variasa-bahasa-slanga-dan-jargon.html diakses pada 19hb Ogos 2019 jam 16 27
Artikel ditulis oleh:
Muhammad Ikhwan
Disemak. Menjawab tema secara keseluruhan. Elakkan menggunakan kata 'dimana' kerana ia merujuk kepada tempat atau arah. Sebaiknya tukarkan kepada kata 'yang'.
ReplyDeletePAW